Sunday 11 December 2011

PROGRAM LINUS

Kursus Program LINUS Guru Tahun 1 2010


Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. Bagi guru-guru negeri Kelantan, kursus akan dilaksanakan mengikut PPD masing-masing sebagaimana tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Bagi semua guru Bahasa Melayu dan Matematik yang mengajar di tahun 1, jadual kursus boleh dirujuk sebagaimana lampiran Jadual Kursus berikut:



SUMBER:

OBJEKTIF LINUS

Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya:

1. mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup

2. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

3. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dan dengan menggunakan kata hubung ' dan '.

MATLAMAT LITERASI

Matlamat Program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai Literasi dalam Bahasa Melayu dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.

AKTIVITI MURID KELAS LINUS.



Wednesday 7 December 2011

KONSTRUK LITERASI

Terdapat 12 Konstruk yang perlu disampaikan kepada semua murid LINUS :-
Antara Konstruk yang perlu dikuasai oleh murid  ialah:-

Konstruk 1 - keupayaan Membaca dan Menulis Huruf Vokal dan Huruf Konsonan
Konstruk 2 - Keupayaan Membaca dan Menulis Suku Kata Terbuka
Konstruk 3 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi Suku Kata Terbuka
Konstruk 4 - Keupayaan Membaca dan Menulis Suku Kata Tertutup
Konstruk 5 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi Suku Kata Tertutup
Konstruk 6 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi
                    Suku Kata Tertutup ' ng '
Konstruk 7 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi Diftong
Konstruk 8 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi Vokal Berganding
Konstruk 9 - Keupayaan membaca dan Menulis Perkataan yang Mengandungi 
                    Digraf dan Konsonan Bergabung
Konstruk 10 - Keupayaan Membaca dan Menulis Perkataan Berimbuhan Awalan dan Akhiran
Konstruk 11 - Keupayaan membaca dan Menulis Ayat Mudah
Konstruk 12 - Keupayaan Memahami dan Menulis Ayat Mudah Berdasarkan Bahan Rangsangan